Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Salah ledak gol sulung bersama Liverpool

LONDON 15 Julai – Mohamed Salah menggembirakan penyokong Liverpool apabila meledak gol dalam penampilan sulung bersama Reds pada aksi persahabatan pramusim menentang Wigan semalam.

Mohamed Salah
Mohamed Salah

Penyerang antarabangsa Mesir itu yang dibeli dari AS Roma dengan harga 37 juta pound (RM207.37 juta) me­nunjukkan impak segera apabila meledak gol penyamaan ketika Liverpool seri 1-1 dengan Wigan di Stadium DW.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp sebelum itu ketinggalan menerusi gol awal tuan rumah yang dihasilkan oleh Alex Gilbey.

Bagaimanapun mereka bangkit dengan memberi tekanan berterusan dan Philippe Coutinho berjaya merampas bola daripada pertahanan lawan, sebelum menghantarnya kepada Roberto Firmino.

Hantaran Firmino kepada Salah disambut dengan rembatan ke gawang lawan untuk permulaan sempurna buat Salah bersama Liverpool.

Sejurus tamat permainan, Klopp memuji kemampuan Salah menyesuaikan diri de­ngan pasukan baharunya dalam masa yang cepat.

“Salah adalah contoh yang bagus. Dia tidak tahu bagaimana hendak bertahan, biasanya dia tidak terlibat dengan pertahanan. Dia baru berlatih dua hari bersama pasukan, sebelum pergi ke Paris dan kemudian balik ke sini.

“Hari ini, saya putuskan untuk menggunakannya. Situa­si pertama (hampir menjaringkan gol selepas 41 saat permainan bermula) dia berlari dengan laju dari bahagian belakang dan hampir menghasilkan gol, tetapi gagal.

“Dia membaca permainan rakan-rakan sepasukan de­ngan cepat dari pertahanan, tengah hingga ke sera­ngan. Roberto (Firmino), Phil (Coutinho), Adam (Lallana) dan Gini (Wijnaldum) juga bermain dengan bagus seperti biasa, begitu juga Ben (Woodburn).

“Kami mungkin belum sampai ke tahap dimahukan tetapi saya sudah dapat baya­ngan ke mana kami akan pergi,” kata Klopp. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain