Ronaldo melonjakkan badan untuk menyambut hantaran silang Ricardo Quaresma dan melakukan tandukan padu yang menewaskan penjaga gol, Kasper Schmeichel.

Pengadil dari Jerman, Felix Byrch turut memainkan peranan apabila menambah lima minit lagi waktu kecederaan.

Peluang terbaik Denmark pula diperoleh menerusi Michael Krohn-Dehli yang melepaskan percubaan tetapi melepasi palang gol.

Jaringan Ronaldo membantu Portugal mengelak daripada menduduki tangga tercorot untuk mendaki ke kedudukan ketiga daripada lima pasukan menerusi tiga mata.

Denmark pula kekal di tangga kedua, berkongsi empat mata dengan pendahulu, Albania.

"Cristiano adalah Cristiano, dia adalah pemain yang handal.

"Sukar untuk diungkap dengan kata-kata bagi menggambarkan tentang dirinya," kata jurulatih Portugal, Jurulatih Portugal, Fernando Santos .

Ronaldo membuktikan dia adalah ancaman kepada lawan apabila melepaskan rembatan ke pintu gol seawal minit ketujuh.

Kedua-dua percubaan tersebut bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh Schmeichel.

Denmark kehilangan pemain pertahanan, Nicolai Boilesen 10 minit selepas babak kedua bermula apabila bek kiri itu ditimpa kecederaan setelah berlaga dengan rakan sepasukan, Daniel Agger yang cuba menyepak bola keluar dari kawasan bahaya.

"Kami sedar Denmark sebuah pasukan yang kuat. Saya rasa mereka telah menonton perlawanan kami sewaktu menentang Perancis dan melakukan perubahan taktik daripada 4-3-3 kepada 4-4-2 dengan harapan dapat mengawal permainan," kata Santos lagi. - REUTERS