Kemenangan tersebut juga dapat menaikkan moral pasukan selepas aksi hambar Real Madrid dalam kancah liga domestik musim ini.

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos berkata, kemenangan tersebut amat penting buat semua pemain dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini.

“Kemenangan dalam aksi Liga Juara-Juara ini pastinya anda akan ingati dalam masa sama kami telah mempamerkan cara sebenar bagaimana bermain bola sepak.

“Kami mempamerkan banyak personaliti dan membuktikan bahawa semua spekulasi tentang kami adalah tidak tepat,” kata Ramos.

Dalam perlawanan tersebut gol awal perlawanan dijaringkan oleh pemain PSG, Adrien Rabiot pada minit ke-33 sebelum Ronaldo menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti minit ke-45 dan menambah gol pada minit ke-83.

Satu lagi gol Real Madrid diraih menerusi Marcelo pada minit ke-86. - AGENSI