Pasukan peguam Kathryn Mayorga telah berusaha mendapatkan alamat kediaman bintang bola sepak itu di Itali sejak Oktober lalu, apabila polis Amerika Syarikat (AS) membuka semula kes tersebut.

Peguam yang mewakili bintang antarabangsa Portugal itu cuba menghalang kes tersebut daripada disiasat kembali dan berdasarkan dokumen mahkamah mendakwa mereka enggan memberikan alamat Ronaldo.

Merujuk kepada individu asal yang diupah untuk menyampaikan saman itu, berkata: “Tiada rekod apabila alamat kediaman Ronaldo cuba dikesan. Rekod hartanah juga telah dipadamkan.”

Bekas seorang guru, May­orga, 35, mendakwa Ronaldo merogolnya, 10 tahun lalu di sebuah hotel di Las Vegas. Bagaimanapun, Ronaldo menafikan dakwaan itu.

Sekarang, alamat kediaman pemain berusia 34 tahun itu berjaya dikesan, dan pasukan peguam Mayorga telah meminta Italy Central Authority, untuk menyampaikan saman serta aduan tersebut. Mereka dijangka berbuat demikian dalam masa beberapa minggu lagi, sebaik dokumen berkenaan diterjemahkan.

Tidak seperti di AS, saman di Itali tidak perlu disampaikan sendiri dan sebaliknya cukup sekadar menghantar dokuman itu melalui kiriman pos. Bulan lalu, pasukan peguam Mayorga bergelut untuk mengesan alamat kapten Portugal itu, dan hakim di AS memberikan tambahan 180 hari bagi menyampaikan saman tersebut. – AGENSI