Bekas penyerang Real Madrid itu mendakwa bahawa kelabnya enggan menjualnya kepada The Blues meskipun dia sudah bersetuju dengan perpindahan itu.

“Matlamat utama saya ialah untuk berpindah ke Chelsea.

“Big Phil menyatakan bahawa saya mampu membawa kelainan kepada pasukan itu kerana pasukannya ketika itu tidak cukup kreatif,” kata Robinho kepada Goal.com.

Ketika itu Luiz Felipe Scolari baru dilantik sebagai pengurus baharu Chelsea dan mahu mencari seorang penyerang untuk berada di Stamford Bridge.

The Blues pada ketika itu sedang mengadakan perbincangan bersama Madrid dan dilaporkan sudah semakin hampir untuk mendapatkan Robinho.

Bagaimanapun, kesilapan teknikal yang dilakukan Chelsea di laman web mereka membuatkan segala usaha itu menjadi sia-sia.

Laporan menyatakan bahawa mereka secara tidak sengaja sudah mula menjual jersi Robinho di laman web kelab itu dan perkara itu jelas kurang menyenangkan Santiago Bernabue.-AGENSI