Kapten Scotland itu adalah antara tonggak skuad Liverpool yang ketika ini berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

“Ia kontrak yang mudah bagi saya dan saya pasti untuk kelab juga.

“Kami mencapai persetujuan dengan cepat sekali kerana saya mahu kekal di sini begitu juga kelab dan apabila mereka memberikan saya tawaran sukar untuk saya tidak menandatanganinya,” kata Robertson.

Misi utama Liverpool dalam kempen musim ini adalah untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris buat kali pertama selepas musim 1989-90. - AFP