Bintang Belanda itu mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa baru-baru ini selepas The Oranje gagal ke saingan Piala Dunia namun masih kekal sebagai antara pemain penting dalam skuad Bayern.

“Saya mungkin bersara hujung musim ini atau meneruskan aksi bersama Bayern untuk tiga tahun lagi.

“Banyak kemungkinan boleh berlaku. Saya mahu cuba menikmati permainan di tahap tertinggi selama mungkin,” katanya.

Robben mengalami pelbagai kecederaan sepanjang kariernya termausk mengalami kecederaan otot paha ketika Bayern menang 2-1 ke atas Anderlecht dalam saingan Liga Juara-Juara, kelmarin.-AFP