Reyes mula mencipta nama bersama Sevilla sebelum menyertai Arsenal, diikuti Real dan Atletico Madrid. Dia kemudian menutup karier bersama pasukan divisyen dua Sepanyol, Extremadura.

“Kami mengesahkan berita paling buruk.

“Bintang kesayangan Sevilla, Jose Antonio Reyes terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Semoga bersemadi dengan aman,” tulis Sevilla dalam Twitter.

Extremadura turut mengumumkan berita sedih itu dalam media sosial.

“Dengan rasa sedih, kami mengumumkan berita pemain kami, Jose Antonio Reyes maut dalam kemalangan kereta dan saya minta anda berdoa buatnya,” tulis kelab tersebut. - AFP