Selepas membantu Brazil menjulang Copa America minggu lalu, pemain berusia 27 tahun itu yang meninggalkan Anfield pada Januari, 2018 dengan yuran perpindahan 105 juta pound (RM542 juta) menyuarakan hasrat untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo, biarpun terdapat minat daripada gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), Coutinho lebih berminat untuk bermain di England,

Begitupun selepas menolak tawaran Manchester United kerana sejarah permusuhan kelab itu dan Liverpool, tidak dapat dipastikan ke mana hala tuju Coutinho jika kembali ke Liga Perdana kerana Chelsea pula digantung daripada melakukan urus niaga dalam pasaran perpindahan pemain.

Menurut akhbar England, Reds mengikuti rapat perkembangan Coutinho dan bersedia mengemukakan tawaran dengan syarat, harga yang diletakkan oleh Barcelona tidak terlalu tinggi.

Liverpool tidak berbelanja besar sejak menjuarai Liga Juara-Juara, Jun lalu, malah hanya membeli pemain sedang meningkat Belanda, Sepp van den Berg dari PEC Zwolle.

Mereka turut dikaitkan dengan Nicolas Pepe, Marcos Asensio dan Ousmane Dembele, namun setakat ini tiada sebarang langkah dibuat bagi mendapatkan semua pemain itu. - AGENSI