Neymar, 25, dikaitkan dengan kepulangan ke Sepanyol selepas dikatakan tidak gembira sejak menyertai gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) menerusi perpindahan rekod dunia bernilai 222 juta euro (RM1.09 bilion) pada Ogos lalu.

Casemiro berkata, dia amat gembira jika dapat bergandingan dengan Neymar di Santiago Bernabeu, tetapi dia percaya rakannya itu mungkin bertahan lebih lama di Paris.

“Dia adalah pemain bertaraf bintang, jadi dia tahu apa yang perlu dilakukan.

“Neymar seorang pemain hebat dan sentiasa akan dialu-alukan jika dia mahu ke Real Madrid.

“Saya harap dia akan memilih kami (jika meninggalkan PSG) tetapi saya percaya dia gembira bersama kelabnya sekarang,” kata bintang tengah Real itu kepada COPE selepas membantu Brazil seri 0-0 dengan England dalam aksi persahabatan di Stadium Wembley, London awal pagi tadi. - AGENSI