Katanya, Spurs juga menunjukkan aksi terbaik dalam perlawanan akhir hari ini tetapi tidak bernasib baik melepaskan gol menerusi sepakan penalti di awal permainan sebelum kalah 0-2 kepada Liverpool.

"Kami bermain dengan baik pada babak kedua. Ia tidak mudah untuk menentang sebuah pasukan yang mampu melakukan transisi dengan amat baik, malah berani mengambil risiko.

"Saya bangga dengan pasukan kami. Keadaan tidak mudah selepas ketinggalan 0-1 di awal permainan dan beraksi di pentas akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama.

"Kami belajar sesuatu daripada perlawanan ini seperti mana Liverpool belajar daripada aksi mereka musim lalu dan menggunakan pengalaman itu.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Liverpool kerana telah mengharungi musim yang sangat menakjubkan tetapi bagi pasukan kami, pengalaman ini akan digunakan untuk memburu kejayaan di masa akan datang," kata Pochettino.

Menurut Pochettino lagi, Liga Juara-Juara adalah kejohanan bola sepak kedua terbesar selepas Piala Dunia, dan dia gembira pasukannya berjaya memahat sejarah melangkah ke final buat kali pertama. - AGENSI