Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PSG yakin sambar Neymar, Sanchez

HUBUNGAN baik antara Neymar (kanan) dan Alexis Sanchez ketika
HUBUNGAN baik antara Neymar (kanan) dan Alexis Sanchez ketika bergandingan dengan kelab Barcelona mungkin akan diteruskan apabila kedua-duanya dikatakan bakal mewakili PSG musim depan.

PARIS 22 Julai - Paris Saint-Germain semakin yakin untuk mendapatkan tandatangan Neymar dari Barcelona dan pemain Arsenal, Alexis Sanchez dalam tempoh beberapa hari lagi yang bakal menyaksikan pembelian antara yang termahal di dunia melibatkan dua pemain sekali gus dalam sejarah bola sepak.

Pengerusi PSG, Nasser al Khelaifi bersedia memenuhi tuntutan klausa pelepasan bernilai 222 juta euro (RM1.10 bilion) untuk mendapatkan khid­mat Neymar yang merupakan satu catatan rekod dunia, sementara Pengarah Sukan kelab itu, Antero Henrique menghalakan fokusnya bagi memikat Sanchez.

Henrique meluangkan masanya, semalam dengan mengadakan pertemuan bersama penyerang Chile itu dan ejennya, Fernando Felicevich di sebuah hotel mewah Hotel Royal Monceau di ibu negara Perancis.

Kedua-dua belah pi­hak difahamkan semakin hampir untuk mencapai persetujuan berhubung perpindahan ke kelab tersebut.

Bagaimanapun, untuk rundingan bagi mendapatkan khidmat Sanchez, PSG perlu meyakinkan Arsenal untuk menjual pemain tersebut yang hanya memiliki baki kontrak 12 bulan bersama kelab London itu.

Untuk tawaran awal, kelab Perancis itu akan melancarkan bidaan se­banyak 45 juta euro (RM224 juta) dan rundingan tersebut dijangka berjalan lancar meman­dangkan Arsene Wenger mempunyai hubungan yang baik dengan Al Khelaifi.

Arsenal, mungkin me­nolak tawaran awal PSG itu kerana mahu mengekalkan pemain bin­tang mereka di Stadium Emirates, musim depan.

Bagaimanapun, San­chez masih tidak berganjak kerana dia mahu bermain dalam Liga Juara-Juara, musim de­pan dan sebab itu, dia mohon berpindah dari London ke Paris.

PSG mungkin bersedia meningkatkan jumlah tawaran kepada 50 juta euro (RM249 juta).

Dalam masa sama, juara enam kali Liga Perancis itu cuba untuk mencari jalan bagi memuktamadkan rundingan pembelian Neymar. Gaji yang bakal diterima pemain berusia 25 tahun itu boleh mencecah 40 juta euro (RM199 juta) setahun, termasuk bonus.

Sementara itu, keputusan Neymar memuat naik gambarnya yang sedang berfikir di laman Instagram menyemarakkan lagi spekulasi perpindahannya ke PSG.

Gambar di Instagram itu menunjukkan bintang Brazil berusia 25 tahun itu sedang berfikir mengenai masa depannya.

Gambar itu mendapat perhatian lebih 1.5 juta pengunjung dalam tempoh 12 jam selepas dimuat naik dari Amerika Syarikat (AS) lokasi Barcelona menjalani siri jelajah pra musim.

Tiga daripada pengunjung laman sosial itu ialah pemain PSG, Angel Di Maria, Kevin Trapp dan Marco Verratti. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain