Neymer dan Cavani tidak dapat diturunkan dalam perlawanan tersebut kerana masih belum pulih daripada kecederaan namun Tuchel menegaskan bahawa PSG tetap akan menggunakan corak permainan menyerang bagi memburu kemenangan.

“Sudah tentu, kami kehilangan pemain seperti Neymar dan Edinson di bahagian serangan.

“Neymar adalah pemain utama kami, salah seorang yang terbaik di Eropah namun kami masih mempunyai identiti kami sendiri.

“Kami tidak akan mengubah corak permainan sebenar kami kerana hanya disebabkan ketiadaan dua penyerang berkenaan kerana menyerang sudah sebati dalam DNA kami,” kata Tuchel. - AGENSI