Kylian Mbappe meraikan kejayaan dengan ledakan hatrik bagi membantu PSG mencipta kemenangan 3-1 ke atas Monaco di Parc des Princes.

Selepas gagal meraih mahkota kejuaraan itu dalam tiga perlawanan terdahulu apabila mereka seri sekali dan tewas dua kali, gelaran keenam PSG dalam tempoh tujuh musim terakhir dan yang kelapan untuk sejarah kelab akhirnya disahkan selepas Lille sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan di Toulouse, semalam.

“Saya gembira menyaksikan pasukan saya memenangi Liga Perancis, salah satu liga yang berprestij di Eropah.

“Ia lebih istimewa apabila kami dapat meraikan gelaran ini di depan penyokong kami, dan ini satu perasan yang cukup indah untuk dikongsi bersama peminat setia kami,” kata Tuchel menerusi laman web rasmi kelab itu.

Mbappe menghukum bekas kelabnya dengan tiga gol dan pemain berusia 20 tahun itu turut menyaksikan rembatannya mengenai palang gol, sementara Monaco mempersiakan beberapa peluang sebelum Aleksandr Golovin mengumbat gol saguhati buat pasukannya ketika permainan berbaki 10 minit untuk tamat.– AGENSI