Neymar, 27, menjadi sasaran penyokong ketika mereka menang 3-0 di Parc des Princes pada 11 Ogos lalu.

Salah satu kain rentang itu mendesak penyerang Brazil itu meninggalkan juara Ligue 1 itu manakala satu lagi kain rentang tertera rasa tidak puas hati mereka terhadap sikap bintang itu.

Jawatankuasa disiplin liga itu mengumumkan hukuman itu semalam.

“Sikap penyokong Paris Saint-Germain adalah memalukan, mereka menggunakan kain rentang yang jelas menghina pemain.

“Paris Saint-Germain didenda 2,000 euro (RM9260.55),” kata kenyataan itu.

Neymar masih belum diturunkan dalam mana-mana perlawanan musim ini dengan dia dijangka kembali menyertai La Liga sama ada bersama Barcelona atau Real Madrid.-AGENSI