Bintang Brazil itu terlepas aksi pertama pusingan kalah mati menentang Manchester United kerana sedang menjalani proses pemulihan kecederaan.

Meskipun beraksi tanpa kehadiran Neymar dan Edinson Cavani, PSG tidak berdepan masalah untuk menang 2-0 di Old Trafford, sekali gus meletakkan mereka di landasan baik bagi melangkah ke suku akhir.

“PSG akan jadi juara Liga Juara-Juara. PSG bukan hanya melibatkan saya, mereka ada pasukan yang hebat dan jurulatih yang genius.

“Penyokong PSG juga seperti pemain ke-12 apabila kami beraksi di Paris. Tiada keraguan bahawa kami akan menjadi juara dan saya akan bermain selepas ini,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

Neymar mengakui keadaannya sangat sukar apabila diketepikan buat dua tahun berturut-turut kerana kecederaan kaki tetapi kecederaan itu dilihat menjadikannya pemain yang lebih baik.-AGENSI