Turun beraksi di laman sendiri, Red Giants terdesak untuk mencari tiga mata pertama selepas mereka sekadar mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir.

Bagaimanapun, PKNS FC membuktikan mereka tidak mempunyai masalah untuk mengatasi Selangor dengan jaringan pertama dihasilkan menerusi tandukan Nicholas Swirad pada minit ke-27 sebelum Kpah Sherman menggandakan jaringan pada minit ke-50.

Penyerang dari Kemboja, Chan Vathanaka menambah derita Selangor apabila meledak gol ketiga untuk pasukannya selepas menyambut hantaran daripada Fandi Othman pada minit ke-79 sebelum Romel Marales menjaringkan gol keempat pada minit terakhir permainan. - UTUSAN ONLINE