PEMAIN Perak, Nazirul Naim Che Hashim (kanan) diasak pemain PKNS, M. Sivakumar dalam perlawanan suk
PEMAIN Perak, Nazirul Naim Che Hashim (kanan) diasak pemain PKNS,  M. Sivakumar dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak di Ipoh hari ini. -UTUSAN/KAMAL BASIR WAHAB

Keputusan itu menyaksikan Perak gagal menamatkan badi kemenangan ke atas PKNS musim ini apabila kalah tiga kali dan seri sekali dengan skuad bimbingan Datuk K. Rajagopal itu sebelum ini.

Dalam perlawanan di Stadium Perak hari ini, Perak mengggunakan kelebihan aksi di depan penyokong sendiri dengan menguasai permainan kedua-dua babak perlawanan.

Begitu pun, tiada gol dapat dihasilkan dengan babak pertama menyaksikan dua percubaan Brendan Gan pada minit ke-20 dan minit ke-38 namun bola melepasi palang gol.

Aksi yang sama ditampilkan di babak kedua apabila skuad bimbingan Mehmet Durakovic menguasai perlawanan namun gagal menghasilkan jaringan.

Peluang terbaik Perak pada minit ke-54 menerusi tandukan Nazirul Naim Che Hashim namun ditangkap kemas penjaga gol PKNS, Muhammad Zarif Irfan disusuli rembatan Leandro pada minit ke-64 namun bola melepasi palang.

Perak akan bertandang ke tempat lawan di Stadium Shah Alam menentang PKNS dalam aksi suku akhir kedua pada Ahad ini. - UTUSAN ONLINE