Beraksi di Stadium Negeri di sini selaku tuan rumah, skuad kendalian Mehmet Durakovic pantas mengatur serangan ke atas kubu pelawat yang dikawal Mohd. Sharbinee Allawee.

Skuad The Bos Gaurus akhirnya berada di depan apabila ketua pasukan , Mohamad Nasir Basharudin berjaya menyambar hantaran Gilmar Da Silva pada minit ke-18.

Bersambung babak kedua, Perak terus melancarkan beberapa asakan berbahaya ke kubu skuad Warga Kota namun ketumpulan penyudah menafikan hajat untuk menambah jaringan.

Kedudukan berkenaan kekal hingga tamat permainan dan Perak kini mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri dan satu kalah. - UTUSAN ONLINE.