Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Piala FA: Tengku Abdullah harap trofi kejuaraan ke bumi Pahang

RJA PAHANG MENANG
PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) bergambar bersama ahli Kelab Tomoi Kallang sempena lawatan baginda ke daerah Raub semalam.-UTUSAN ONLINE

RAUB 19 Mei - Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan kejayaan skuad Tok Gajah mara ke perlawanan akhir Piala FA sebagai titik kebangkitan semula sukan bola sepak negeri ini.

Baginda berharap skuad Tok Gajah dapat membawa pulang kejuaraan dalam pertembungan dengan Kedah di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini untuk dihadiahkan kepada rakyat negeri ini.


“Saya berdoa dan berharap pasukan Pahang akan menjuarai Piala FA dan ini adalah satu titik sejarah kepada kebangkitan semula pasukan Pahang.


“Saya juga berharap pemain dapat menggunakan segala peluang untuk menjaringkan gol,” titah baginda selepas melakukan lawatan di daerah ini di sini semalam.


Dalam pada itu, Tengku Abdullah menasihatkan semua penyokong Pahang mengikut segala peraturan ditetapkan dan tidak melakukan tindakan yang memalukan negeri. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain