Penghijrahan Romelu Lukaku menyertai Inter Milan membuka peluang kepada Rashford dan Martial, yang meledak dua gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas bertemu Chelsea dan Wolverhampton.

Martial kembali mendapatkan jersi nombor sembilan dan menyerlah dalam jentera serangan Ole Gunnar Solskjaer, bergandingan dengan cemerlang bersama Rashford.

“Dalam sesi latihan, saya dan Rashford bertanding menjaringkan gol.

“Kami menilai siapa yang memiliki sentuhan penyudah yang baik dan bilangan jaringan yang diledak.

“Siapa yang menang? Kadangkala dia, kadangkala saya. Dalam perlawanan, Rashford gemar beraksi di bahagian tengah dan kami kerap melakukan pertukaran posisi.

“Ia membantu kami untuk memecah kebuntuan pertahanan lawan dan saya berharap kami mampu melakukannya secara konsisten musim ini,” kata Martial-AGENSI