Pasukan itu menewaskan sebanyak 28 buah pasukan kategori umur lapan tahun yang mengambil bahagian termasuk daripada Kedah dan Penang.

Pasukan KK Jitra pula mendapat tempat kedua dan diikuti Penang Panthers di tempat ketiga.

Lion Kid membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM850, piala dan pingat manakala KK Jitra (RM550 dan pingat) dan Penang Panthers pula (RM250 dan pingat).

Turut muncul juara ialah Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Seri Indera yang mengungguli kategori bawah umur 10 tahun, melibatkan 16 pasukan dari sekolah-sekolah di negeri ini.

SRK Seri Indera menewaskan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perlis yang mendapat tempat kedua manakala SK Sena pula di tempat ketiga.

SRK Seri Indera membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM650, piala dan pingat sementara SK Kuala Perlis (RM450 dan pingat) dan SK Sena (RM150 dan pingat).

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Kangar, Khizairi Khizan.

Menurut penganjurnya iaitu 09 AT Kangar Supporters Community, pertandingan itu dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Kangar, bagi mencungkil bakat-bakat muda bermula dari sekolah seterusnya memberi pengalaman kepada mereka untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. - UTUSAN ONLINE