FFF ditubuhkan pada 7 April 1919 dan pertemuan menentang Iceland adalah pertemuan terakhir menjelang tarikh itu pada tahun ini.

Kapten Hugo Lloris menunjukkan jersi vintaj yang akan digunakan pasukan itu kepada media dalam satu sidang akhbar, semalam.

Jersi keluaran Nike itu menampilkan logo berwarna biru yang menyamai warna jersi manakala logo pasukan Perancis akan disulam menggunakan benang emas.

Les Bleus dijangka meraih tiga lagi mata ketika bertemu Iceland di Paris, walaupun bakal beraksi tanpa kehadiran Lucas Digne dan Kingsley Coman.-AGENSI