Pengurus Perancis, Didier Deschamps telah mengekalkan keseluruhan anggota skuad yang memenangi Piala Dunia di Rusia, kecuali ketua pasukan Hugo Lloris dan seorang lagi penjaga gol Steve Mandanda kerana cedera.

Selaku orang ketiga yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih, Deschamps sedar pasukannya kini menjadi tumpuan tetapi percaya kejayaan mereka di Rusia akan me­nyemarakkan semangat anak-anak buahnya.

“Memperoleh gelaran juara dunia memberikan keyakinan.

“Gelaran juara dunia ini harus diuruskan dengan baik tetapi gelaran ini bukanlah satu bebanan,” kata Deschamps.

Kylian Mbappe, yang dipilih sebagai pemain muda terbaik di Rusia, dibuang padang ketika Paris Saint-Germain menang 4-2 ke atas Nimes hujung minggu lalu kerana menolak pemain lawan.

Pemain berusia 19 tahun itu masih menunggu bentuk hukuman seterusnya tetapi Deschamps tidak mahu bercakap ba­nyak mengenai bintang remaja itu.

“Tindakannya adalah satu bentuk tindak balas manusia. Dia tidak seharusnya berbuat begitu dan dia sedar mengenainya, tetapi saya tidak akan menjadikan perkara itu satu isu besar,” kata Deschamps, yang pasukannya kemudian akan bertemu Belanda pada 9 September.

Jerman, juara dunia empat tahun sebelumnya, mempunyai banyak sebab untuk dibuktikan selepas tersingkir secara memalukan dari peringkat kumpulan yang memaksa Joachim Loew perlu membuktikan bahawa dia masih orang yang tepat untuk membimbing pasukan itu.

“Saya sedar, kami semua diperhatikan dengan teliti dan berada di bawah tekanan.

“Namun, saya masih yakin dengan kebolehan dan kualiti kami. Skuad Piala Dunia kami sa­ngat-sangat bagus, tetapi kami gagal menunjukkannya,” kata Loew.

Kejohanan baharu ini menyaksikan sebanyak 55 pasukan di seluruh Eropah dibahagian kepada empat divisyen, yang akan naik atau turun dalam perlawanan antarabangsa selain turut menawarkan laluan alternatif untuk menyertai Kejohanan Eropah 20202, tampa menggantikan peringkat kelayakan.

Kejohanan ini diwujudkan sebagai menggantikan perlawanan persahabatan yang tidak membawa makna dengan perlawanan kompetitif. – AFP