Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak, pasukan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pemain tengah PKNS, Gabriel Miguel Guerra yang menanduk tepat bola ke dalam gawang Perak selepas mendapat hantaran Kpah Sean Sherman pada minit ke-23.

Namun, Perak berjaya bangkit dengan jaringan penyamaan pada minit ke-39 menerusi Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi.

Pasukan tuan rumah mendahului 2-1 pada minit ke-52 menerusi jaringan Gilmar berpunca daripada sepakan sudut Wander Luiz.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila PKNS menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi jaringan Romel Morales yang menyudahkan bola hantaran lintang Kpah Sean Sherman. - UTUSAN ONLINE