Bekas jurulatih dan pemain Selangor itu berkata dia mahu menamatkan kemarau selepas kali terakhir Perak memenangi kejohanan tersebut pada 15 tahun lalu dengan menewaskan Terengganu 3-0.

“Saya menjangkakan aksi sengit pada perlawanan esok. Kami boleh bangkit semula kerana kami masih ada 90 minit kedua.

“Mental pemain berada dalam keadaan baik malah mereka juga bermotivasi tinggi untuk menghadapi aksi esok. Saya berharap tuah dapat menyebelahi kami dan penyokong dapat memenuhi stadium esok,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada aksi separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Darul Makmur pada 22 Jun lalu, Perak tewas 1-3 kepada pasukan bimbingan Dollah Salleh. - UTUSAN ONLINE