Sebanyak tiga perlawanan Kumpulan B yang berlangsung pada hari ini iaitu Indonesia menentang Thailand di Stadium Shah Alam pada pukul 4 petang ini dengan penyokong Indonesia diminta memasuki ke stadium menggunakan pintu B dan C manakala peminat Thailand pintu A dan D.

Perlawanan seterusnya melibatkan Vietnam dan Timor Leste di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada pukul 4 petang ini dan penyokong Vietnam diminta menggunakan pintu 8 dan 9 manakala penonton Timor Leste pintu 3 dan 4.

Satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan Kemboja bertemu Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada pukul 8.45 malam dan penyokong Kemboja dinasihatkan menggunakan pintu masuk 3 dan 4 manakala Filipina pintu 8 dan 9.

Pembelian tiket perlawanan boleh dilakukan secara atas talian di www.kualalumpur2017.com.my atau secara terus di kaunter tiket yang dibuka pada pukul 6 petang. Tiket berharga RM10. - UTUSAN ONLINE