Reds bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut untuk mengukuhkan kedudukan pendahulu kepada tujuh mata di depan Manchester City.

City bagaimanapun mampu merapatkan kembali jurang jika mengalahkan Wolverhampton di Etihad, Isnin ini.

Selepas hambar pada babak pertama, jentera serangan Liverpool lebih agresif memasuki separuh masa kedua.

Hanya lima minit selepas permainan bersambung, Salah dihadiahkan penalti apabila dikasari oleh Pascal Gross.

Dia menyempurnakan tendangan untuk memastikan tiga mata berharga milik Reds.

Xherdan Shaqiri pula memulakan aksi di posisi yang agak janggal buatnya iaitu sayap kanan ketika Jurgen Klopp menggunakan formasi 4-2-3-1.

Reds memperoleh beberapa peluang menambah jaringan menerusi Roberto Firmino dan Salah tetapi sama ada tersasar atau dinafikan pertahanan lawan. - AGENSI

KEPUTUSAN

BURNLEY 2 FULHAM 1

CRYSTAL PALACE 1 WATFORD 2

CARDIFF 0 HUDDERSFIELD 0

BRIGHTON 0 LIVERPOOL 1

LEICESTER 1 SOUTHAMPTON 2

WEST HAM 1 ARSENAL 0