Menurut kenyataan SPRM, turut diserahkan adalah nama serta butiran peribadi pegawai pasukan dan juga kakitangan persatuan tersebut.

Menurutnya, senarai itu diterima dalam pertemuan pegawai tertinggi suruhanjaya itu bersama Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.

“SPRM menyokong penuh komitmen berterusan Tunku Ismail dalam memerangi dan menghapuskan jenayah rasuah serta salah guna kuasa di negara ini khususnya arena pembangunan sukan bola sepak tempatan.

“SPRM akan memberi sokongan serta komitmen penuh untuk memastikan sukan bola sepak negara yang melibatkan pemain, pengadil perlawanan serta pegawai sukan bersih serta bebas daripada anasir jenayah rasuah dan salah guna kuasa,” katanya. - UTUSAN ONLINE