Empat kelab England akan beraksi dalam suku akhir Liga Juara-Juara bulan depan, yang mana pendahulu liga, Manchester City akan menentang Tottenham.

Liverpool yang sedang bersaing sengit dengan City dalam perebutan kejuaraan liga akan berdepan kelab Portugal, Porto pada suku akhir kejohanan kelab elit Eropah.

Jika menang, mereka berpotensi menentang pasukan yang terdesak untuk memburu gelaran Eropah selepas terkeluar dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana, Manchester United.

United bagaimanapun perlu menyingkirkan pasukan pilihan, Barcelona untuk meraih tiket separuh akhir.

"Apa yang hebatnya tentang pasukan ini, semua pemain berseronok dan bergurau senda di kem latihan. Di sini, kami 100 peratus England.

"Kami ketepikan ketegangan Liga Perdana, termasuk pemain Liverpool dan City," kata penyerang Tottenham itu dalam sidang akhbar hari ini.

Liverpool kini mendahului liga dengan hanya dua mata mengatasi City, yang memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Skuad England melapor diri di St George's Park semalam untuk menghadapi dua aksi kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2020.

Mereka akan menerima kunjungan Republik Czech di Wembley, Sabtu ini sebelum bertandang ke Montenegro, Selasa depan. - AGENSI