Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peluang Malaysia juarai kumpulan A cerah

Thana jaring gol
GAYA N. Thanabalan selepas berjaya menewaskan penjaga gawang Myanmar, San Sat Naing (kiri) untuk gol ketiga Malaysia dalam perlawanan bolasepak sukan SEA ke-29 di Stadium Shah Alam, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/MOHD. NAIM AZIZ

SHAH ALAM 21 Ogos - Dua jaringan pantas yang dicipta Malaysia sudah cukup untuk memastikan tiga mata menjadi milik skuad bawah 22 (B-22) negara apabila menundukkan Myanmar 3-1 dalam aksi Kumpulan A Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam hari ini.

Kemenangan itu juga bermakna peluang skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk merampas kedudukan pendahulu kumpulan yang ketika ini dipegang oleh Myanmar mampu dilakukan kerana Malaysia masih mempunyai baki satu perlawanan iaitu menentang Laos di venue yang sama pada Rabu ini manakala skuad kendalian Gerd Zeise sudah pun mengharungi empat perlawanan.

Gol pasukan Malaysia dijaringkan oleh N. Thanabalan (min. 33, min. 82) dan Muhammad Safawi Rasid (min. 35), manakala gol saguhati Myanmar dijaringkan oleh Than Paing pada minit-minit akhir perlawanan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain