Ketiadaan Lionel Messi, Luis Suarez dan Andres Iniesta menyaksikan Paco Alcacer, Gerard Deulofeu dan Jose Manuel Arnaiz berjaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna.

“Saya gembira kerana hari ini kami bermain dengan menggunakan pemain daripada pasukan simpanan dan mereka jarang beraksi sebelum ini.

“Perlawanan ini merupakan ujian terbaik buat mereka,” kata pengendali Barcelona, Ernesto Valverde kepada BeIN Sports Sepanyol.

The Catalan kini memiliki rekod 12 kemenangan dan satu seri daripada 13 perlawanan dalam semua pertandingan.-AGENSI