Sepanjang perlawanan, Pahang dan PKNP masing-masing mempunyai peluang mencipta jaringan namun gagal disempurnakan barisan serangan kedua-dua pasukan.

Selepas empat perlawanan, Pahang kini berada di kedudukan teratas peringkat Kumpulan D dengan mengumpul lapan mata diikuti Sabah (tujuh mata), PKNP (empat mata) manakala Selangor tiada sebarang mata.

Bagaimanapun, Sabah dan Selangor hanya akan beraksi untuk perlawanan pusingan keempat pada Selasa ini. - UTUSAN ONLINE