Pemangku Presiden Pafa, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata, jawatankuasa itu memberi tempoh dua minggu untuk Hasnul Zulkarnain menimbangkan semula keputusannya.

Menurutnya, khidmat Hasnul Zulkarnain masih diperlukan untuk memastikan kejayaan Perak dalam saingan musim depan setelah Perak memenangi Piala Malaysia.

"Pafa mahu beliau meneruskan segala perancangan yang beliau atur pada musim depan apatah lagi Perak layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Hasnul Zulkarnain yang dikecam ekoran perbuatannya bergambar dengan trofi Piala Malaysia dalam keadaan tidak sepatutnya mengumumkan peletakan jawatan pada 8 November lalu. - UTUSAN ONLINE