Skuad Harimau Kumbang itu berjaya kembali ke saingan divisyen teratas itu selepas menamatkan saingan di tempat ketiga, walaupun berkongsi 30 mata bersama PDRM (4) dan Terengganu FC II (5) menerusi kelebihan jaringan.

Pada aksi malam tadi, Pulau Pinang bermula garang menerusi jaringan awal pemain import dari Brazil, Casagrande pada minit kelima, sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi pemain import dari Liberia, Patrick Wleh pada minit ke-30.

Pulau Pinang bagaimanapun mengesahkan tiga mata penuh menerusi jaringan Mohammad Al-Hafiz Harun pada minit ke-51 untuk kembali ke Liga Super bersama-sama Sabah yang muncul juara musim ini, selepas tersingkir ke divisyen kedua apabila menamatkan saingan di tempat terakhir dalam kalangan 12 pasukan pada 2017.

Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) II menamatkan saingan di tempat kedua selepas 20 perlawanan namun tidak boleh beraksi di Liga Super kerana menjadi kelab 'feeder' kepada JDT. - BERNAMA