Pemain berusia 29 tahun itu memiliki kontrak kurang setahun bersama skuad kendalian Arsene Wenger dan akan menjadi pemain bebas pada musim panas akan datang sekiranya tidak menyambung perjanjian baharu.

Radio Catalunya mendakwa Barcelona sudah mengadakan perbincangan bersama wakil Ozil, Dr. Erkut Sogurt dan bersetuju dengan kontrak selama tiga tahun setengah.

Barcelona juga sudah dimaklumkan bahawa Arsenal bersetuju dengan tawaran 20 juta Euro (RM97.37 juta) ke atas bintang Jerman itu.

Selepas gagal mendapatkan Philippe Coutinho pada musim panas lalu, Barcelona difahamkan sedang mencari alternatif bagi menggantikan pemain tengah Liverpool itu.

Akhbar Mundo Deportivo melaporkan bahawa Ozil merupakan pilihan kedua Barcelona sekiranya gagal mendapatkan Coutinho.-AGENSI