Pengurus pasukan, Datuk Jeffrey Low berkata, KFA mempunyai beberapa calon jurulatih termasuk bekas jurulatih kecergasan Kedah, Ramon Marcote untuk menjadi pengendali Lang Merah yang baharu namun pihaknya mahu memberi peluang itu kepada Nidzam Adzha terlebih dahulu.

“Kita akan lihat (prestasi) Nidzam dulu walaupun sudah mempunyai beberapa pilihan (jurulatih)... jika Nidzam berupaya, kita patut ambil dia.

“Dalam empat hingga lima perlawanan akan datang ini, kita akan lihat prestasi Nidzam sebelum memutuskan sama ada dia layak atau tidak membimbing pasukan Kedah.

“Ini kerana kita memerlukan jurulatih yang mempunyai pengalaman luas dan keserasian dengan pemain... pada masa ini, Nidzam paling sesuai,” katanya selepas perlawanan Kedah menentang Terengganu dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA di sini semalam. - UTUSAN ONLINE