“Kami ada kontrak, kami belum sampai separuh daripada tempoh kontrak tersebut,” kata Neymar Senior.

Neymar tiba di PSG dari Barcelona pada 2017 dikaitkan bakal menyertai Real Madrid.

“Khabar angin seperti itu akan sentiasa ada, anda tidak boleh memiliki pemain seperti Neymar tanpa ada rasa cemburu daripada pasukan lain.

“Penyokong PSG boleh berehat, Neymar tidak mahu meninggalkan PSG, dia mahu kekal di sini dan membantu kelab mencipta kejayaan,” katanya lagi.

Neymar direhatkan selepas mengalami kecederaan di kaki kanannya pada 23 Januari lalu bagaimanapun penyerang 27 tahun itu kembali menyertai latihan bersama pasukan semalam dan dijangka akan beraksi menentang Rennes dalam aksi Piala Perancis pada 27 April ini. - AFP