Penampilan bersama Brazil itu merupakan yang pertama buat pemain berusia 25 tahun itu selepas berpindah daripada Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan rekod perpindahan dunia.

Jurulatih Brazil, Tite berkata, Neymar direhatkan ketika aksi persahabatan Jun lalu ketika tewas 0-1 kepada Argentina sebelum Brazil menundukkan Australia 4-0 dan kini pemain itu kini berada bersama tiga rakan sepasukannya di PSG, Marquinhos, Thiago Silva dan Dani Alves.

Katanya, drama perpindahan melibatkan Neymar itu tidak memberikan sebarang kesan ke dalam pasukan kebangsaan.

“Neymar mencari cabaran baharu tetapi apa yang penting ialah dia gembira bermain bola sepak.

“Dia menyesuaikan diri dengan baik dan berubah ke tahap baharu,” kata Tite.-AFP