UEFA telah menjatuhkan hukuman tersebut, April lalu sebelum PSG mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu. Bagaimanapun, keputusan akhir telah dikeluarkan, hari ini dan ia tidak berpihak kepada Neymar.

“Rayuan yang dikemukakan PSG telah ditolak. Keputusan yang dibuat oleh Badan Kawalan Etika dan Disiplin pada 25 April lalu kini disahkan,” kata UEFA.

Pemain termahal di dunia itu diketepikan daripada perlawanan tersebut kerana kecederaan. Dia sekadar menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton sewaktu United dihadiahkan sepakan penalti ketika masa kecederaan menerusi keputusan video bantuan pengadil (VAR).

Marcus Rashford berjaya menyempurnakan penalti itu yang sekalu gus menyingkirkan juara Perancis tersebut daripada peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Neymar, 27, kemudian menjadikan platform Instagram bagi mengkritik pengadil perlawanan.

“Ia sesuatu yang memalukan. Terdapat empat lelaki yang tidak faham bola sepak sehingga memaksa mereka menyaksikan ulang tayang menerusi TV,” tulis Neymar. - AFP