Penyerang kebangsaan Brazil itu disisihkan selama sebulan dalam kekalahan 1-3 dalam aksi peringkat 16 akhir kedua ekoran kecederaan, bagaimanapun dia melemparkan kata-kata kesat kepada pegawai perlawanan menerusi media sosial setelah menyaksikannya di tepi padang di Parc des Princes.

Pemain berusia 27 tahun itu berang selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan, yang menyaksikan Marcus Rashford menyempurnakannya, sekali gus membolehkan United mara ke peringkat seterusnya.

UEFA berkata, Neymar sudah didakwa, bagaimanapun tarikh pendengarannya masih belum disahkan.

Neymar boleh berdepan pergantungan dalam perlawanan peringkat awal Liga Juara-Juara musim depan.

Pada Jun lalu, rakan sepasukan Neymar, Gianluigi Buffon dikenakan pergantungan tiga perlawanan selepas mengecam pengadil Michael Oliver selepas bekas pasukannya, Juventus tewas secara dramatik di suku akhir kepada Real Madrid, musim lalu.

“Sungguh memalukan, ada empat pengadil yang tidak memahami bola sepak dan menonton semula secara gerak perlahan di televisyen,” kata Neymar dalam bahasa Portugis di Instagram selepas perlawanan.- AFP