kembali beraksi selepas direhatkan akibat kecederaan untuk beraksi di pentas final kejohanan, esok.

Bintang Brazil, Neymar membuat penampilan buat kali pertama sejak 23 Januari ketika bertindak sebagai pemain gantian ketika menewaskan Monaco 3-1, Ahad lalu di mana PSG

dinobatkan sebagai juarai Ligue 1 buat kali keenam dalam tempoh tujuh tahun.

Cavani turut beraksi dalam perlawanan tersebut apabila dimasukkan pada 17 minit terakhir.

Bagaimanapun, jurulatih PSG, Thmoas Tuchel menyuarakan kebimbangannya terhadap peluang PSG apabila sebelum ini mereka terpaksa menanggung kekalahan ketika bertemu Nantes

dalam aksi liga, minggu lalu namun jurulatih dari Jerman itu tetap positif selepas melihat pasukannya mengesahkan kejuaraan Ligue 1.

“Objektif kami jelas, menang dua kejohanan. Kami perlu menang pada Sabtu ini,” kata Tuchel yang turut memberitahu Angel Di Maria kembali beraksi setelah enam minggu direhatkan akibat kecederaan.

Dalam pada itu, penjaga gol PSG, Alphonse Areola tidak rela Piala Perancis terlepas ke tangan pasukan lain apabila menyifatkan trofi kejohanan tersebut amat penting untuk mereka.

“Piala Perancis cukup penting untuk kami dan kami berharap dapat menjulangnya dan tidak meninggalkan apa-apa untuk orang lain. Setiap kejuaraan membawa maksud maruah dan harga diri. Kami semua tahu apa matlamat kami pada musim ini dengan memenangi piala sebanyak yang mungkin untuk kelab ini,” katanya.

PSG memburu Piala Perancis buat kali ke-13 dan pastinya trofi tersebut menjadi pengubat duka buat mereka selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara. - AFP