Pasukan pelawat mendahului 1-0 pada minit ke-6 melalui gol oleh pemain tengah, Nor Azizi Ramlee yang menguis masuk bola daripada hantaran lintang Abdul Rahim Abdul Razak.

Negeri Sembilan yang menggandakan asakan berjaya memperoleh gol sumbangan ketua pasukannya, Mohd. Nasriq Baharom pada minit ke-18.

Beliau memanfaatkan sepakan percuma oleh Flavio Beck Junior di luar kotak penalti Sarawak.

Flavio Beck muncul wira Negeri Sembilan dengan dua gol pada separuh masa kedua.

Gol pertama dijaringkan pada minit ke-51 melalui sepakan percuma di luar kotak penalti Sarawak.

Pada minit ke-90, beliau yang menerima hantaran dari tengah padang membuat larian ke pintu gol Sarawak sebelum membuat sepakan leret yang menewaskan penjaga gol, Shaiful Wazizi Mohammad.

Piala Cabaran 2018 diadakan julung kalinya dalam kalendar Liga Malaysia untuk menyediakan platform pertandingan kompetitif bagi pasukan-pasukan yang gagal layak ke Piala Malaysia. - UTUSAN ONLINE