Pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan kelebihan di tempat sendiri untuk mencetuskan kebangkitan selepas tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Selepas menamatkan aksi separuh masa pertama tanpa sebarang gol, PKNP mendahului pada minit ke-64, hasil kelincahan Mohamad Hafiz Ramdan yang bijak memperdayakan penjaga gol tuan rumah, Muhamad Ilham Razali.

Kedudukan itu tidak bertahan lama dan hasil daripada gerakan kemas barisan serangan, Nicolas Velez berjaya menjaringkan gol penyamaan Negeri Sembilan pada minit ke-78.

PKNP berjaya meraih tiga mata penuh apabila Sangwoo Kim meletakkan skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim itu di depan menerusi sepakan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-83. - UTUSAN ONLINE