Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Facebook rasmi persatuan itu di sini hari ini yang mengesahkan Mohd. Nasriq sah telah mengikat perjanjian dengan Perlis.

Mohd. Nasriq adalah antara tonggak utama yang membantu skuad bola sepak Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA di Loas pada 2009 dan Piala AFF setahun kemudian.

Pemain kelahiran Selangor yang berusia 31 tahun itu sebelum ini pernah beraksi bersama Selangor, Felda United dan musim lalu bersama Negeri Sembilan.

Mohd. Nasriq dijangka akan bergandingan dengan seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Amiridzwan Taj Tajudin bagi mengukuhkan jentera pertahanan Perlis.

Sebelum ini, Perlis yang bersungguh-sungguh ingin mengembalikan zaman kegemilangan skuad Singa Utara itu telah mengikat ramai pemain bintang antaranya seperti Safee Sali; Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya; Khyril Muhymeen; Azmi Muslim dan pemain skuad bawah 19 tahun negara, Zafuan Azeman.

Semalam, Perlis turut mengumumkan mengikat pemain kebangsaaan Singapura, Faris Ramli yang menjadi pemain import pertama mengesahkan bersama Singa Utara. - UTUSAN ONLINE