Gol tunggal menerusi tandukan pertahanan Perancis, Samuel Umtiti pada awal babak kedua menjadi pemisah antara dua negara jiran itu meskipun mereka mengusai hampir keseluruhan permainan, namun gagal memecah kekebalan kubu pertahanan Les Blues.

“Ia adalah perlawanan yang sangat sengit. Tidak banyak saat-saat penting yang menentukan pemenang berkesudahan dengan gol menerusi situasi tendangan bola mati.

“Kami mengusai permainan dan mempunyai beberapa peluang tetapi pertahanan Perancis harus dipuji kerana mereka bertahan dengan sangat baik dan memberi kesukaran untuk kami menjaringkan gol.

“Perbezaan satu gol memberi mereka kemenangan dan nasib tidak memihak kepada kami. Walaupun kalah saya tetap berbangga dengan pemain-pemain dan tahniah kepada Perancis dan saya harap mereka mampu bergelar juara,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan, Belgium terus kempunan untuk beraksi di pentas final dan bakal beraksi di venue sama dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat menentang lawannya sama ada Crotia atau England.

Belgium berjaya memenangi lima perlawanan di Rusia sebelum tewas di tangan Perancis, kekalahan ini perlu diterima walaupun amat menyedihkan.

“Sangat menyedihkan di bilik persalinan kerana ini merupakan peluang terbaik untuk mencipta sejarah melangkah ke final buat pertama kali dan kami memberi tumpuan sepenuhnya.

“Perancis sekali lagi di pentas final selepas Euro. Saya tidak mahu pemain terlalu kecewa kerana kami berhak menamatkan saingan di kedudukan lebih baik dan sudah pasti amat sukar untuk bermain dalam keadaan positif untuk perlawanan seterusnya,” jelasnya. – AGENSI