Mourinho menjadi pengulas perlawanan buat beIN Sports bersama bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Kamera di studio beIN Sports beberapa kali merakamkan detik setiap kali Mourinho dan Wenger mendengar penyokong Reds menyanyikan lagu tema mereka itu sepanjang permainan berlangsung.

Ketika diminta mengulas mengenai suasana itu, Mourinho berkata: "Tidak, ini lebih indah daripada apa yang boleh kami ungkapkan dengan kata-kata. Ini sangat indah."

Wenger juga menyuarakan rasa kagum dengan suasana di Stadium Wanda Metropolitano dengan berkata: "Ia sangat unik".

Mourinho juga tidak henti-henti memuji kejayaan Liverpool merangkul kejuaraan Eropah kali keenam selepas mengalahkan Tottenham 2-0, berterima kasih kepada jaringan Divock Origi dan Mohamed Salah. - AGENSI