Ejen Mourinho bagaimanapun gagal dihubungi untuk mengulas mengenai perkara itu, manakala United dan agensi pemungut cukai Sepanyol masing-masing enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Pihak pemungut cukai Sepanyol tahun lalu memfailkan dakwaan terhadap Mourinho atas dua kesalahan penipuan cukai ketika dia menjadi jurulatih Real Madrid.

Mourinho meninggalkan Real pada 2013 untuk membimbing kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea sebelum menyertai United pada 2016.

Menurut pihak berkuasa cukai Sepanyol, pengurus kelahiran Portugal itu berhutang 3.3 juta (RM15.81 juta).

Dia dikatakan gagal mengisytiharkan pendapatan daripada hak imejnya untuk cukai pendapatan 2011 dan 2012 dengan matlamat ‘mendapatkan keuntungan tidak sah’.

Menurut laporan itu lagi, Mourinho sudahpun melunaskan tuntutan terdahulu, iaitu penalti 1.15 juta euro (RM5.51 juta).

Mengikut undang-undang Sepanyol, jika pesalah mengaku bersalah dan hukuman dikenakan kurang daripada 24 bulan maka individu tersebut tidak perlu menjalani hukuman di dalam penjara. - AGENSI