Aksi pertama Mourinho menentang Liverpool sebagai pengurus United menyaksikan kedua-dua pasukan seri 0-0 di Anfield hampir 12 bulan yang lalu yang menyaksikan pelawat hanya menguasai 35 peratus permainan sahaja.

Kata Dalglish, teknik bertahan popular digunakan oleh Mourinho sewaktu bersama Chelsea iaitu ‘meletakkan bas’ akan menjadi corak permainan jurulatih dari Portugal itu dalam masa sama turut menjangkakan saingan bakal berlangsung lebih sengit.

“Anda sentiasa menjangkakan perlawanan antara Liverpool menentang Manchester United akan berlangsung sengit.

“Tahun lalu apabila United berkunjung ke Liverpool, Jose Mourinho bermain secara bertahan dengan meletakkan bas dan bagi saya ia bukan bas biasa tetapi bas bertingkat.

“Cara itu bagi mengelak daripada serangan dan jika ia digunapakai sekali lagi maka sudah tentu kemenangan mungkin hanya diketahui ketika penghujung perlawanan,” kata Dalglish. - AGENSI