Chelsea sudah mencapai perjanjian dengan Atletico Madrid untuk membenarkan Morata pulang ke tanah air secara pinjaman, malah kelab La Liga itu diberi pilihan memeterai perjanjian secara tetap pada harga 48.5 juta pound (RM257.59 juta).

Morata, 26, sudahpun mencapai persetujuan dengan Atletico mengenai terma peribadi minggu lalu, malah dia dikatakan bersedia menerima gaji lebih rendah daripada yang dinikmai di Chelsea ketika ini iaitu 120,000 pound (RM638,000) seminggu.

Dengan menjual Morata, yang gagal menyesuaikan diri bersama Blues sejak tiba di Stamford Bridge pada 2017 membuka laluan kepada perjanjian pinjaman dengan penyerang AC Milan, Gonzalo Higuain.

Chelsea dikatakan hampir mencapai perjanjian untuk mendapatkan Higuain, 31, daripada kelab asalnya, Juventus.

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri pernah bekerjasama baik dengan Higuain ketika membimbing Napoli pada musim 2015/2016. - AGENSI